Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 29, 2013

Mencari Ilmu Biarlah Sampai Ke Hujung 'Progress Bar'.


Tahu tak apakah ciptaan terhebat manusia selepas penemuan penicillin?
Internet!



Mungkin pada zaman sekarang,
manusia yang tak tahu apa itu internet adalah atuk nenek tua yang duduk dekat kampung.
Dan aku pasti, makin hari manusia yang tak tahu apa itu internet semakin pupus.
Dude. Atuk dan nenek pun nak main facebook jugak.

Tapi,
kalau kalian tanya aku laman apa paling best dalam internet,
jawapan aku satu. Blog aku *batuk batuk batuk*
Dan no.2 jatuh kepada YouTube!

Pada aku, YouTube merupakan sumber ilmu yang padat.
Yup.
Banyak dari kita layan YouTube semata-mata nak tengok video-video muzik artis kegemaran.
K-pop dengan perempuan tayang peha, lelaki solek muka.
Artis barat yang videonya penuh dengan sexual innuendoes.
Rakyat Malaysia yang padat dengan video parodi.
Tapi,
apa yang aku nak tekankan,
tak semua video dalam YouTube berunsurkan hiburan.
Kebanyakannya berisi pengetahuan.

Di sini aku nak kongsi 4 channel di YouTube yang menjadi tempat singgah aku nak tambah ilmu.
Banyak lagi sebenarnya,
tapi 4 ni memang aku follow dari dulu sampai sekadar.
Walaupun capaian internet macam kura-kura,
tapi aku tetap tak tangguh layan bila diorang upload video baru.

Layan.....


1. Scam School



Basically,
Scam School adalah channel di mana dia ajar cara nak buat trick atau magik mudah untuk scam orang suruh belanja minum.
Lebih kurang macam..
"Hey, aku ada satu trick. Kalau kau boleh selesaikan trick ni, aku belanja minum. Kalau kau mengaku kalah, kau yang kena belanja aku minum."

Dihoskan oleh Brian Brushwood, ahli silap mata dan pemakan api profesional.
Kebanyakkan tricknya adalah magik mudah yang kita boleh belajar dari buku-buku magik yang berlambak dekat pasaran.
Tapi ada beberapa episod juga menayangkan tentang cara-cara nak tarik perhatian orang ataupun buatkan orang tertarik dengan kita.
Ada juga cara-cara nak minta nombor telefon awek cun tanpa disyaki apa-apa.
Cool, kan?
Semua trick di dalam Scam School ni boleh dijadikan ice-breaker bila kita baru nak kenal seseorang.

Aku pernah try salah satu trick untuk tarik perhatian seorang budak kecil.
Berkesan.

Klik di sini untuk ke channel Scam School di YouTube.




2. Vsauce



Aku rasa, channel Vsauce cukup dikenali ramai.
Dikendali oleh lelaki bernama Michael Stevens, graduan bidang Neurophychology dan English literature.
Channel Vsauce lebih ke arah akademik dan pengetahuan.
Apa yang best tentang Vsauce adalah,
setiap videonya berkisar tentang soalan-soalan yang tak pernah kita fikirkan,
dan kalau kita ada fikirkan pun, kita tak ada jawapannya.
Tapi Vsauce sentiasa ada jawapan.

Soalan-soalan trivia seperti
'Siapa pemilik kepada tanah di bulan?'
'Apa yang kita nampak jika berada dalam sfera yang diperbuat dari cermin?'
'Kenapa kita tepuk tangan?'
sangat menarik untuk diketahui jawapannya.
or...at least akulah yang rasakan tertarik.

Topik-topik yang dibincangkan dalam channel ni boleh dibincangkan bersama kawan-kawan semasa lepak di kedai mamak,
jika dan hanya jika kawan-kawan korang jenis yang lebih suka berborak hal ilmiah berbanding hal-hal hiburan dan k-pop.
"Hey, korang tahu tak apa warna sebenar cermin? Hijau!"
"Eh, aku tak nak tahu. Kau tengok Running Man dah?"
"Er...aku tak layan Running Man." Oh, okay...
Senyaplah kau minum teh tarik sorang-sorang sementara yang lain sibuk bercerita tentang Running Man.

Klik di sini untuk ke channel Vsauce di YouTube.




3. Community Channel



Pemiliknya, Natalie Tran ialah seorang video blogger dari Australia yang berdarah Vietnam.
Yup.
Macam video blogger yang lain, videonya berisi dengan si Nat ni duduk depan kamera dan berceloteh dengan laju sambil diselangi dengan lawak-lawak yang kekadang kurang difahami.
Tapi, apa yang berbeza dengan vlogger lain ialah
isu-isu yang ditekankan, walaupun remeh, tapi sangat dekat dengan diri aku...
Or aku rasa diri semua subscriber dia kot..

Sebagai contoh,
video dia baru-baru ni tentang isu tahan pintu untuk orang lain lalu.
Aku ingat aku je orang yang rasa sakit hati bila aku tahan pintu nak kasi orang lain lalu lepas tu orang yang nak lalu tu saja-saja buat lambat seolah-olah hidup aku didedikasikan khusus untuk memudahkan kehidupan dia,
rupanya banyak lagi orang senasib dengan aku.

Yes. I feel connected.

Kalau korang ada masa, try layan channel dia dari awal-awal dia buat video dia dulu.
Klik di sini untuk ke channel Community Channel di YouTube.
Sampai sekarang aku pelik kenapa dia guna id 'Community Channel' sedangkan channel dia bercerita tentang diri dia je..




4. Smarter Every Day



Smarter Every Day,
seperti nama channelnya, bermatlamat untuk menjadikan penonton semakin pandai hari demi hari.
Kata pemilik channel, Destin, tengok dua video dari channel dia ni,
kalau ada belajar sesuatu daripadanya, sila subscribe dan share di media sosial.
Tak payah dua video, korang tengok satu je pun, layan sampai habis,
korang akan dapati betapa bestnya kalau hidup penuh dengan perasaan seronok mencari ilmu.

Setiap topik yang Destin bangkitkan, dia akan kupas seteliti yang mungkin.
Kalau dia tak puas hati, dia akan cari orang-orang yang berkredibiliti untuk mengupasnya,
termasuklah para lecturer di universiti, kawan-kawan seangkatan,
dan Destin tak keberatan untuk terbang jauh merantau semata-mata untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dia bangkitkan,
walaupun dia terpaksa tinggalkan anak-anak dan isteri dia (yang cun) untuk beberapa minggu.

Yang buat aku kagum dengan Destin ialah semangat dia nak mencari ilmu
dan keikhlasan dia menyampaikan ilmu tersebut kepada orang ramai.

Klik di sini untuk ke channel Smarter Every Day di YouTube.




xxxxxx

Bukan hanya 4 ini yang aku subscribe,
ada banyak lagi, tapi 4 ini yang aku rasa paling terkesan.
Salah seorang dari pemilik 4 channel ni ada aku masukkan dalam list manusia yang aku mahu berjumpa face-to-face sebelum menutup mata.
Siapa? Tekalah.


Kalau korang tanya aku
"Tak ada ke channel YouTubers Malaysia yang kau minat?"
Jawapan aku, TIADA.

Aku juga subscribe channel tempatan macam MatLuthfi90, dll,
tapi aku merasakan video diorang tak sampai tahap untuk buat aku teruja nak tonton setiap kali ada notification yang mengatakan diorang upload video baru.
Bukan diorang tak bagus, bagus...In fact, sangat bagus.
Tapi, isu yang dibangkitkan kebanyakkannya bersifat pandangan peribadi dan sarkastik.
Sesetengah orang boleh masuk dengan sarkastik.
Kalau aku, satu dua okay laa. Tapi kalau dah setiap video macam tu, payah juga.
Kalau sarkastik boleh mendidik, kita patut ada satu subjek 'Kemahiran Sarkastik' dalam sukatan pendidikan negara.
Peminat MatLuthfi, sila jangan marah.

Lagipun, YouTubers Malaysia ni penuh dengan video parodi.
Malaysian YouTubers dikatakan pengeluar terbesar video parodi dalam YouTube.
Baru 24 jam video #biniMatYo tersebar, dah sibuk buat parodi.
Malaysian YouTubers kena lebihkan video yang educational dan informational.
Kita seronok sangat berhibur, sampai lupa terus nak belajar.


Kalau korang tanya aku
"Tak terniat nak buat channel YouTube sendiri ke?"
Jawapan aku, INSYAALLAH.

Aku memang ada niat nak buat, tapi malangnya muka aku tak cukup fotogenik.
Aku tak cukup informatif.
Aku juga tak cukup alatan dan perkakas.
Kamera ada, tapi software video editing tarak.
Aku juga rasa aku takkan cukup berjaya nak tarik banyak viewers.
Akhirnya, video yang aku buat sepenuh hati akan berakhir menjadi video picisan yang lenyap ditenggelam di dalam lambakan gergasi video-video lain dalam YouTube.

Apa-apapun,
aku memang suka sangat YouTube.

Korang ada cadangan channel YouTube yang menarik?





.


8 comments:

  1. Apa yg ko explain psal youtube channel tue..sbb tue jgk la aku stick ngan blog ko ni sbb ko ni slh seorg manusia pelik(dri segi pemikiran) yg pndai menulis yg menarik minat aku utk trus skodeng blog ko ni..thanks for sharing da info..
    btw ko nk jmp Natalie Tran kan? sbb die satu2nya vlogger perempuan dlm list ni..haha3 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Comot
      dr ayat kau mot, mcam kau pandang aku tinggi sangat.
      Jangan laa..Aku sama je dgn org lain. Lg bawah da...
      Btw, mcammana kau boleh tau Nat Tran yg berada dlm list aku?
      Obvious sgt ke? hehehe

      Delete
  2. choice ko sangat marvelous... aku akan follow dorang :D

    btw... jom join Contest GA Isi Buih Kata Komik aku, deadline 12 Oct 2013, meh cepat!! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      kau plak? ada channel YouTube yg nak suggest?

      Delete
  3. Bila kau sebut psl vid bini MatYo tu, sku tak tgk lagi dan mgnkn mls nak tgk. Dulu psl bini kena belasah ngan anak kena dera pun aku tak tgk. Mgkn aku taknak simpan imej2 yg tak bagus tu dlm otak aku. Aku lebih rela tgk kat berita yg cuma sikit2 je tu. Biarlah org kata aku ni konservatif ke lembap ke, tak kisahla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @fISZ
      sebenarnya, bagus kalau kau terus macam tu. Tengok video2 macam tu sedikit sebanyak akan efek peribadi kau.
      Kau caci, maki, carut marut dan hina sana sini.
      Macam aku, one of kelebihan yg juga adalah kelemahan aku ialah ada sifat curiousity yg terlampau tinggi.
      Aku tak boleh duduk diam selagu tak tahu cerita sebenar secara menyeluruh.
      Kesannya, otak aku dipenuhi mcam2 gejala. Biru, kuning, merah, hitam, semua ada. Putih je takde. Hehehe

      Delete
  4. Aku kalau subscribe kat Youtube, aku subscribe ke Mark Crilley. Sebab dia seorang Matsaleh yang melukis stail Manga dan dia tak kedekut nak kongsi cara dia melukis dengan subscriber dia (Suka stail dia yang bersahaja dan bukan jenis yang menerangkan sesuatu dengan tona suara kerek macam sesetengah Youtubers yang lain). Sikit sebanyak (Banyak sebenonya) lukisan aku adalah di inspirasikan dari stail beliau melukis.. koh koh koh

    Dan dia rajin update video dia.. so aku takkan bosan menunggu untuk menonton video video beliau yang terbaru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Baiklah. Aku akan try layan video dia.
      Kalau best, aku subscribe.
      Tp dari penerangan kau, aku rasa comfirm aku akan subscribe channel dia...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License