Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 2, 2011

#1 Save Water, Save The World

#1 Save Water, Save The World
Siri cErolian Go Green: Make the world a better place.

Malu pada diri sendiri.
Aku tahu 23 Mac harijadi seseorang,
tapi aku lupa hari sebelum itu,
22 Mac setiap tahun adalah Hari Air Sedunia.
World Water Day.

Jadi,
hari ini, aku akan memulakan siri cErolian Go Green
dengan bercerita tentang sesuatu yang sangat penting pada kita,
namun sering kita buat tak endah.
Sudah tentu tak lain tak bukan,
KEPENTINGAN AIR.



Air merangkumi 70% dari badan kita.
Dalam komposisi yang lebih kurang sama juga,
Bumi kita juga adalah 71% air.
Namun 70% dari air di Bumi adalah dalam bentuk ais di kutub utara dan selatan.
Hanya 2.5% dari air di muka Bumi ini adalah air tawar.
Selebihnya air masin.
Namun, setiap manusia memerlukan dalam 20-50 liter air sehari untuk kegunaan harian.

Secara statistik, jumlah air adalah sikit,
namun manusia perlukan banyak air.
Dengan sumber yang sikit, dan nafsu melampau,
saintis meramal, jika trend ini berpanjangan
air boleh menjadi punca perang antara negara-negara besar
seperti yang berlaku dengan petroleum sekarang.

Lihat saja krisis air antara negara kita dan Singapura.



Jadi,
sebelum kita bersemangat nak jerit GO GREEN
apa kata kita amalkan sedikit sebanyak amalam jimatkan air.
Air yang banyak digunakan bermakna lagi banyak untuk diproses semula.
Pemprosesan memerlukan tenaga.
Dengan menjimatkan air, kita juga secara langsung
menjimatkan penggunaan tenaga, kan?

Apa saja yang kita lakukan,
asasnya adalah tenaga, kan?

Di bawah adalah senarai amalan yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan penggunaan air.
Namun, ini bukan alasan untuk anda tidak mandi dan basuh baju
lalu mengakibatkan pasangan anda tinggalkan anda hanya kerana anda berbau busuk.
EEEEeeeeyeekkkkk....


  1. Daripada mandi gunakan semburan shower, lebih baik mandi gunakan kolah tadahan.
  2. Sentiasa perhati kebocoran di mana-mana paip, terutamanya kepala paip.
    Buat sesuatu walaupun hanya air menitis perlahan.
  3. Nak basuh muka, gosok gigi, atau sekadar basuh tangan, elakkan guna paip air yang dibiarkan mengalir.
  4. Basuh kereta atau siram pokok? Guna baldi instead of paip air yang panjang.
  5. Lagi bagus tadah air hujan untuk kegunaan seperti siram pokok dan basuh kereta
  6. Basuh baju guna mesin? Pastikan diisi penuh supaya tidak perlu mengulang dengan kerap.
  7. Basuh buah dan sayur dalam air yang ditadah, bukan air yang mengalir.
  8. Kalau boleh, jangan beli air botol di kedai. Isi air dalam bekas anda sendiri dari rumah. Kalian akan tahu apa sebabnya jika kalian tengok video di bawah:



Aku mungkin terlepas apa-apa tips bernas menjimatkan air.
Jika kalian ada,
apa kata kongsi idea anda bersama.


Simple logic,
jimat air, bil kurang, hati senang, badan sihat, bumi selamat.
Mulakan dari hati, di rumah.
Tak salah berjimat.



Pesanan khidmat komuniti dari cEro.
Sila baca entri lain di bawah kategori cErolian Go Green.
You read this because YOU CARE.


11 comments:

  1. rasenye mandi pakai shower lg jimat dari cedok air.



    tak ke ?

    ReplyDelete
  2. bila ko cerita pasal air teringat aku dgn cerita Battlefield Los Angeles yg alien sotong2 nk jajah bumi for air..
    mari kita mulakan kempen isi air dirumah bkn beli air botol! =)

    ReplyDelete
  3. yes..daripada mandi 3 kali sehari baik mndi hanya 1 kali sehari..dan daripada jirus air..baik rendam dalam air lepas tu keluar dah setle siap lap..

    ReplyDelete
  4. betul ni! tibe2 mcm dapat idea untuk final projek :P

    ReplyDelete
  5. elie mandi 3 kali sehari,.
    kadang2 rasa macam membazir, tapi macam tak pun ada sebabnya nak wangi punya pasal!
    hahha

    ReplyDelete
  6. @Encik Psychopath
    hm, sbnarnye bergantung..tp kalo shower tu selalunya kita seronok, n akhirnya termandi lebih dari keperluan..

    @WZulhilmi
    yeke? aku tak tgk lg muvi tu..(sedey!! sbb takde partner muvi dah)
    isi air sendri dan jgn beli air botol, itu yg terbaik!!

    @hanaahmad
    thanks! harap boleh diamalkan dan disampaikan kpd org lain...

    @hentakbelipat
    hahaha, ini alasan terbaik supaya bumi lebih baik..hehehe

    @Nesa Wazir
    hahaha, bagus2..nanti buat final projek jgn laa segan2 nak kongsi yek nesa...

    @little cart00n
    hahaha, kalo berpeluh spanjang masa, mungkin takpe..
    tp kalo tak berpeluh pon nak mandi 3 kali gak, kan ke mcam bazir??
    heheh

    ReplyDelete
  7. Haa Cero.. aku rasi mandi gune shower lagi jimat tapi bila kena cara la.. aku biase gune shower bile time hujan sejuk² je huhu.




    Thanx la sebab kongsi..

    ReplyDelete
  8. @YOUsoF
    betol3, kalo tau caranya, mandi dgn shower pon boleh jimat...

    ReplyDelete
  9. Wow...go GREEN! aku mmg ske msk air kat umah n bwk bekal...sbb rase mineral water mhal...
    kakak2 aku x bg bli air mineral dri Mesr* Petro*** yg sumber air dri tnah dkt kwsn perkuburan...gulpss!
    tp sbb da biasa aku pon jarg bli air mineral kat Petro***...btol k x...ngak tau sama skali...

    btw good job cEro!

    ReplyDelete
  10. @Miss Comot
    baguslah comot...
    amalkan selalu yek...
    air botol, kalo difikirkan, mmg mahal, sedangkan diorg hanya ambil air bawah tanah, isi dalam botol dan jual dgn harga berganda...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License